Komentar, Tokoh Dan Cendekiawan

Assalamualaikum wbt YBhg Ustaz,
Saya amat meminati penulisan & pandangan ustaz setelah membaca dan mendalami
sebahagian besar isi kandungan yang dipaparkan.
Pada pendapat saya, ustaz adalah salah seorang pemikir berilmu & berwawasan yang amat diperlukan
di zaman yang serba mencabar ini. Dewasa ini, kejahilan semakin menjadi-jadi.
Semakin hari, semakin ramai insan lupakan Tuhan.
Semakin hari, semakin ramai insan yang tergelincir tanpa bimbingan untuk kembali ke jalan yg benar.
Moga dengan segala ilmu yang ada pada ustaz itu dapat dicurah dan dikongsi bersama agar kita semua
mendapat rahmat daripadaNya.
Sekian, Terima kasih.

Selamat berpuasa dan Selamat menyambut Aidilfitri 1 Syawal 1428Hijrah

Daripada Azmi Lope Ahmad
Al-Attar Tower, Sheikh Zayed Road,
Dubai United Arab Emirates.

Tel : +97150-1729065 (h/p)
e-mail : miezafira@gmail.com atau azmizafira@yahoo.com

 

Hayati puisi seorang mufti

Kita sudah sedia maklum bahawa ulama besar Islam seperti ‘Abdullah bin Mubarak dan Imam Al-Syafi’i juga merupakan seorang penyair. Ulama yang terkemudian daripada mereka seperti Syed Qutb dan Profesor Dr. Hamka juga merupakan sasterawan besar yang sangat dikenali. Pastinya tidak pelik apabila Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin tiba-tiba menulis sebuah puisi berjudul Aku Rela. Puisi ini menggambarkan kelukaan hatinya selama memegang jawatan mufti di negeri Perlis yang telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat dengan kelantangan beliau mengeluarkan pelbagai pendapat.

Puisi tersebut disiarkan dalam blognya di Internet yang selalunya diisi dengan pelbagai rencana agama ilmiah yang boleh diakses di www.drmaza.blogspot.com. Tentunya ramai juga yang tidak mengetahui bahawa Dr. Mohd Asri juga meminati puisi Menambat Rakit karya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan beliau juga pernah membacakan puisi tersebut di dalam kuliahnya di Universiti Sains Malaysia.

Dr. Mohd Asri juga seringkali memetik kata-kata lunak dan indah yang pernah diungkapkan oleh orang-orang terdahulu termasuk para ulama silam dalam kuliah-kuliah beliau, maka tidak hairanlah apabila beliau sendiri kemudiannya meluahkan kata-kata yang lunak dalam bentuk puisi. Puisi Aku Rela dihasilkan dalam dua rangkap dengan terdiri daripada 15 baris pada rangkap pertama dan lima baris pada rangkap kedua yang juga menjadi rangkap terakhir puisi beliau.

Pada baris pertama puisinya ini, awal-awal lagi Dr. Mohd Asri menegaskan bahawa beliau membenarkan nama dan dirinya menjadi sasaran. Beliau sanggup mengorbankan dirinya, semuanya kerana cinta. Dengan sengaja atau tanpa disedari, kalimah ‘kerana cinta’ diulang-ulang sebanyak empat kali dalam puisi ini. Pada mulanya, kalimah ini akan membuatkan pembaca tertanya-tanya bahawa cinta yang bagaimana yang kerananya membuatkan Dr. Mohd Asri sanggup berkorban, memaksa diri, terus berbicara, meluahkan perasaan dan mencedera jiwa sendiri. Perhatikan lapan baris pertama puisi ini:

Telah kubenarkan nama dan diri menjadi sasaran

Kerana cinta, aku berkorban

Telah kurela tohmahan bermaharajalela

Kerana cinta, aku terpaksa

Kerana cinta jua aku berbicara

Dengan nada insan terluka

Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa

Semuanya kerana cinta…

Kalimah ‘kerana cinta’ yang diulang-ulangnya itu, juga memungkinkan sangkaan awal pembaca bahawa cinta yang dimaksudkan oleh Dr. Mohd Asri adalah cinta biasa yang diungkapkan dalam puisi-puisi bertema cinta sesama manusia. Semua persoalan yang berlegar di benak pembaca yang menelaah puisi Mufti Perlis ini akan terjawab setelah kita membaca sehingga pada bahagian akhir puisi.

Walaupun pendapat yang dikeluarkannya dibantah oleh ramai orang, baginya orang yang menolak dan tidak bersetuju itu sekadar bercakap tanpa fakta yang benar demi menjaga periuk nasi sendiri hingga sanggup menggadaikan Islam. Paling diingati tentu saja kenyataan beliau tentang isu intipan atau tajassus di samping beberapa kenyataan lain tentang menjawab salam bukan Islam, isu masjid Cina, kritikannya terhadap kelemahan institusi masjid, institusi zakat, isu ‘bin Abdullah’ dan beberapa yang lain.

Tentunya sukar untuk menemukan kesempurnaan dalam puisi karya pertama mufti muda yang berusia 36 tahun ini. Ketegasan, kekentalan dan kekejapan pada setiap baris puisi menjadi longgar apabila beliau menggunakan titik noktah yang banyak di akhir baris puisinya. Satu noktah sememangnya sudah memadai, itu pun perlu diletakkan pada tempat tertentu yang sesuai sahaja.

Setelah menghayati rangkap akhir puisi yang berjudul Aku Rela ini, pembaca akan memahami cinta yang bagaimana yang ditegaskan berkali-kali oleh penulis. Membayangkan syurga Allah yang menanti membuatkan beliau berasa bahagia walaupun melalui kesengsaraan dan keletihan demi menyuarakan kebenaran dalam fatwa-fatwanya sebagai seorang mufti muda yang sering dilihat paling kontroversi.

Setelah membaca keseluruhan puisi ini, kita menyedari bahawa kesanggupan Dr. Mohd Asri merelakan nama dan dirinya menjadi mangsa tohmahan adalah semata-mata kerana kebenaran agama Islam dan bukan kerana sebab-sebab lain. Seawal judulnya lagi, kita dapat menghayati kepasrahan penulis dengan menjudulkan puisinya Aku Rela. Tapi dengan sekadar membaca judulnya saja, membuatkan kita masih tertanya-tanya apa yang menjadi kepasrahan penulis dan apa yang direlakannya itu.

Kepasrahan itu dimulakan dengan baris pertama lagi, ‘Telah kubenarkan nama dan diri menjadi sasaran.’ dan diteruskan lagi dalam baris berikutnya, ‘Telah kurela tohmahan bermaharajalela.’ dan pada rangkap terakhir, ‘Reda telah pun penuhi jiwa.’ Penegasan kepasrahan dan kerelaan yang diulang berkali-kali ini membuktikan kepada kita bahawa mufti muda ini akan kekal berpegang kepada kebenaran Islam yang digalinya daripada sekian banyak kitab-kitab besar ulama terdahulu dan yang juga telah membawanya kembara hingga ke Jordan kerana menuntut ilmu.

Dengan penegasan beliau untuk terus merelakan dirinya ditohmah demi kebenaran dalam puisi ini, pasti kita akan terus mendengar banyak lagi fatwa daripada beliau selama beliau masih menjawat jawatan mufti untuk meneruskan perjuangannya membersihkan imej Islam yang telah sekian lama dihodohkan oleh umat Islam sendiri.

Ketokohan dan kesarjanaan Dr. Mohd Asri adalah dalam ilmu hadis. Memang diketahui, Dr. Mohd Asri bukanlah pakar dalam bidang puisi tetapi sebagai sebuah puisi pertama beliau, Aku Rela sudah cukup bermakna untuk memberi penegasan kepada setiap pendakwah dan pejuang Islam supaya kekal berpegang teguh kepada kebenaran Islam.

Setakat ini, Aku Rela menjadi satu-satunya puisi Dr. Mohd Asri yang ditemui sama ada di media cetak atau elektronik. Saya dan pembaca yang lain juga tentunya tidak mahu Aku Rela menjadi puisi pertama dan terakhir Dr. Mohd Asri.

SALMAN SULAIMAN
(
www.pemainbahasa.blogspot.com)

 

 

PENA MUFTI

Dr Mohamad Asri Zainal Abidin, Mufti Negeri Perlis, mempunyai perspektif universal yang unik mengenai Islam. Penyampaian beliau pada tiap-taip minggu merangkumi pelbagai soalan dan isu-isu yang musykil melibati generasi muda sekarang ini, adalah amat memberangsang dan diterima oleh akal.

Berbagai insiden dan masalah yang berlaku sekarang ini telah membangkitkan minat orang ramai untuk mengkaji tentang Islam. Tulisan-tulisan Mufti Perlis itu bukan sahaja telah menarik minat pembaca umum tetapi juga masyarakat lain yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Islam. Tulisan-tulisan beliau juga telah memberi pembaharuan pemikiran kepada orang Islam dan bukan Islam di dalam pengajian Agama Islam dan beliau telah menerbitkan tulisan yang berpengajian tinggi – tidak keterlaluan dan tidak dogmatik.

Diharapkan tulisan-tulisan beliau boleh menggalakkan perbincangan-perbincangan yang bernas yang akan memberi minat kepada orang-orang Islam untuk memikirkan dengan sedalam-dalamnya mengenai Agama yang universal ini dan seterusnya dengan orang lain —–Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang orang zalim di antara mereka(1155). (Tafsir Ayat Al-Qur’an 29.46).

Tan Sri Ani bin Arope
ani@pc.jaring.my

 

 

Assalamualaikum, hello.

My name is Maya Karin. I’ve been meaning to write to your for a long time, just to say i’m a big supporter since you first made headlines and i make sure i read your column every sunday. Thank you so much for your article a few weeks ago about nature in islam, my friend Dr Rahimatsa from WWF sms-ed me the day before to tell me it was coming out and needless to say i was very happy.
I hope i have the pleasure of meeting you some day.

Many regards, Maya