khutbah-150110a.pngPulau Pinang, 15 Jan 2010 – Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah memberikan khutbah Jumaat pada hari ini di Masjid Jelutong, Pulau Pinang.

 

Intipati khutbah beliau menyentuh soal isu nama Allah yang dilihat bukan ancaman pihak luar itu yang besar, tetapi ia berpunca daripada kelemahan diri umat Islam itu sendiri.

 

Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah agama majoriti harus takut dan tunduk kepada agama minoriti? Sampai bilakah umat Islam harus berada dalam ketakutan dengan perkembangan agama lain sedangkan mereka tidak pernah bimbang dengan perkembangan agama Islam.

 

Umat Islam harus menjadi umat contoh yang harus baik akhlak, moral dan spiritualnya untuk dicontohi oleh bukan Islam agar mereka tertarik untuk memeluk agama Islam.