Print This Post
Email This Post
Keputusan kes Dr MAZA 25 Januari 2010
Oleh A. Ariff
Rabu, 6 Jan 2010 - Kes Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membantah permohonan semakan pihak pendakwa untuk membawa perbicaraan ke Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor akan ditentukan pada 25 Januari ini.
Dr Mohd Asri tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada jam 8.50 pagi ditemani Dato’ Seri Shahidan Kassim bersama barisan peguam serta disambut oleh para penyokong beliau yang setia menunggu sejak awal pagi lagi.
Perbicaraan hari ini adalah lanjutan daripada tangkapan Dr Mohd Asri di Ampang oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atas dakwaan tidak mempunyai tauliah.
Prosiding yang bermula pada jam lebih kurang 9.20 pagi adalah untuk menentukan di mana Dr Mohd Asri layak untuk dibicarakan, samada di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur atau di Mahkamah Tinggi Syariah Negei Selangor.
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain menetapkan bahawa keputusan mahkamah akan ditentukan apabila mahkamah bersidang pada 25 Januari 2010.
Ikuti Temubual Eksklusif Bersama Peguam Bela Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Puan Kamar Ainiah Kamaruzzaman.










Comments
You must be logged in to post a comment.