Print This Post Print This Post Email This Post Email This Post

Dr MAZA di UM

 

 

 Oleh : A. Ariff

 

Universiti Malaya, 30 Dis - Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan pembentang utama memulakan pembentangan kertasnya yang bertajuk ‘Salah Faham Terhadap Tujuan Sanad’ pada jam 11.20 pagi, sebaik sahaja Prof Dr Mohammed Abullaith Khair Abadi menamatkan pembentangannya.

 



Kertas kerja Dr Mohd Asri banyak menekankan sikap salah faham sesetengah pihak yang beranggapan bahawa sanad ilmu adalah suatu perkara yang kritikal untuk dipunyai pada sesetengah orang masa kini, sebagaimana yang didakwa dipunyai oleh sesetengah pengamal tarekat. Walhal sanad pada para muhaddith yang dimaksudkan adalah berbeza dengan apa yang didakwa oleh pengamal tarekat masa kini.

Selain itu, Dr Mohd Asri juga berkata, adanya salah faham apabila wujud pentakhrijan ke atas karya ulama’ besar. Dakwa mereka, bahawa karya agung oleh ulama’ seperti al-Ghazali tidak layak untuk diperselisihi dan dibongkar yang mana sahih, dhaif ataupun palsu. Ini adalah tanggapan yang salah, walhal banyak para ulama’ yang mencadangkan agar Ihya’ Ulumuddin dibaca setelah dikaji takhrijnya oleh al-’Iraqi.

Dr Abullaith juga dilihat bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Dr Mohd Asri. Pada akhir perbincangan Dr Abullaith menyatakan bahawa perlu wujud perbezaan antara ‘taqdis’ (penyucian) dan juga ‘ihtiram’ (penghormatan). Adalah suatu salah faham jika sesetengah orang meletakkan konsep ‘taqdis’ kepada ulama’ kerana ulama’ bukanlah satu entiti yang agung. ‘Taqdis’ hanya layak pada Allah dan RasulNya. Sedangkan buat ulama’, ‘ihtiram’ yang perlu ditekankan.

- Wartawan drmaza.com

Comments

You must be logged in to post a comment.