Print This Post
Email This Post
Sekitar Rakaman Al-Kuliyyah
20 November 2009: Rakaman Al-Kulliyyah yang berlangsung di Auditorium Utama Dewan Bahasa dan Pustaka malam tadi menampilkan tiga panelis ulung dalam bidang agama iaitu; Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Dr Fauzi Deraman serta felo kehormat ISTAC, (Dr) Muhammad Uthman el-Muhammady.
Tumpuan banyak diberikan kepada Dr Mohd Asri yang baru sahaja menghadapi perbicaraan bersabit pertuduhan mengajar tanpa tauliah baru-baru ini.
Suasana yang berlangsung dalam keadaan yang harmoni pada awalnya menjadi agak tegang berikutan tindakan beberapa pihak yang cuba menangguk di air keruh.
Tindakan bidas membidas dan tidak professional dalam membincangkan isu menjadi titik tolak kepada pergeseran selain hujah yang tidak konsisten dan tidak relevan.
Dewan dipenuhi oleh para penyokong Dr Mohd Asri sejak lewat petang lagi. Antara yang dilihat hadir memberikan sokongan adalah Dato’ Seri Dr Shahidan Kasim.










Comments
You must be logged in to post a comment.