Saya amat berdukacita, sikap sesetengah tokoh DAP yang amat tidak menghormati perasaan orang Islam. Apatah lagi mereka disokong oleh sesetengah pihak yang ‘lantang tidak seimbang’ yang bernama muslim yang berlunak dengan mereka dan seakan membiarkan keadaan ini berlaku. Mereka yang tidak seimbang ini hanya ‘garang dan cengih’ sesama muslim, tetapi membiarkan orang lain membelasah muslim secara biadap. Terakhir mereka menghina Dr Redhuan Tee. Saya amat berdukacita dengan bahasa dan cara mereka. Seperti biasa akan ada yang memakai ‘topeng bernama Islam’ menjustifikasikan mereka. Malanglah, apabila kegilaan kuasa melupakan kita kepada ukhuwwah dan akidah Islamiyyah. Secara umumnya, saya bersetuju dengan kenyataan YB Zulkifli Nordin.

- dr mohd asri, london.

Artikel Dr Redhuan Tee, sila klik di sini.

Kenyataan YB Zulkifli Nordin, sila klik di sini.