Print This Post
Email This Post
Keputusan Majlis Fatwa Perlis Berhubung Dengan Jenazah Yang Diragui Status Keislamannya
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada 14 Jun 2008 telah memutuskan mengenai Jenazah Yang Menjadi Rebutan Antara Masyarakat Muslim Dengan Bukan Muslim seperti berikut;
“Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara menyatakan: Jenazah yang diyakini sebagai muslim wajib diuruskan secara Islam. Sekiranya wujud keadaan tertentu yang menghalang atau menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat, maka kewajipan berkenaan gugur. Adapun jenazah yang diragui keislamannya, maka diserahkan kepada keluarga atau pihak yang menuntut”.
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 9 September 2008.










Comments
You must be logged in to post a comment.