31 Disember 2010 – Dr. Mohd Asri Zainul Abidin bersama 30 rakan-rakan daripada Institut al-Qayyim telah menjalankan aktiviti dakwah dan menyampaikan risalah sempena Tahun Baru di sekitar Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang.

 

Dakwah Tahun Baru 2011 ini bertujuan untuk menyebarkan dakwah kepada orang ramai, terutama muda-mudi dengan mendekati mereka selain menyebarkan risalah yang bertajuk; “Mencari Keberkatan Masa” dan “Solat : Tiket Menuju Syurga & Perisai Dari Azab Neraka

 

Operasi ini bermula pada jam 10.20 malam selepas daripada taklimat yang disampaikan di Institut al-Qayyim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beberapa kumpulan telah dibahagikan dan ditugaskan untuk bergerak di beberapa tempat sekitar Seberang Prai yang menjadi tumpuan untuk menyambut Tahun Baru 2011.

Sambutan yang hangat diberikan oleh para muda-mudi yang rata-rata mengenali Dr Mohd Asri, selain memberikan maklum balas positif di atas telah melancarkan aktiviti yang dilakukan pada malam tadi.Usaha-usaha yang sebegini akan terus dilakukan dari masa ke semasa.

Operasi berakhir sekitar jam 2.00 pagi.Gambar selanjutnya sekitar Dakwah Tahun Baru 2011 bersama Dr MAZA: