Oleh: A. Ariff

 

21 April 2010, Putrajaya:- Mantan Perdana Menteri ke-4 Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melancarkan buku karya bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk “Mengemudi Bahtera Perubahan Minda – Edisi Baharu” di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam.

 

Buku yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Utusan itu memuatkan kompilasi tulisan-tulisan Dr Mohd Asri yang beredar dalam akhbar Mingguan Malaysia melalui kolum beliau pada setiap hari Ahad semenjak Mac 2007.

 

Dr Mahathir yang hadir ke majlis tersebut bersama isteri beliau, Tun Dr Hasmah Mohd Ali menjelaskan pada awal ucapan beliau bahawa, beliau telah dinasihatkan oleh beberapa orang untuk tidak hadir dan tidak terlibat dengan Dr Mohd Asri. Namun, beliau telah menolak pandangan itu dan memilih untuk hadir. “Saya juga dinasihat oleh rakan-rakan untuk tidak terlibat dengan orang ini (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) tetapi saya seorang yang suka membaca, tidak mengapa, saya hadir untuk melancarkan buku beliau.”

1_mg_7671.jpg

Dalam pada masa yang sama, Dr Mahathir juga menyentuh akan hakikat bahawa pemikiran yang bercambah dalam agama adalah perlu. Beliau merujuk bahawa dalam agama, berbagai-bagai tafsiran telah dibuat oleh orang yang ahli dan kemudian menerbitkan beberapa kefahaman yang berlainan akibat daripada penafsiran yang berlainan. Maka, kuncinya adalah kembali kepada Islam yang sebenar bagi mengelakkan terkeliru.

Beliau juga menyebutkan idea bahawa bukanlah semua yang disebut oleh golongan agama itu wajar diterima bulat-bulat. Sebaliknya, perlulah disediakan dengan kefahaman Islam yang sebenar itu.

1_mg_7652.jpg

 Dalam pada itu, Dr Mohd Asri mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana sudi untuk hadir serta melancarkan buku beliau. Sambil menyifatkan Dr Mahathir sebagai seorang pemikir yang hebat, beliau memuji idea-idea Dr Mahathir dalam bidang pemikiran.

Beliau berkata, “Melihat beliau (Dr Mahathir) dari dimensi pemikir akan menghasilkan tafsiran yang lebih adil.”

1_mg_7704.jpg

┬áPelancaran buku ini juga turut disertakan dengan diskusi oleh dua tokoh yang hebat, Professor Rahman Bin Shaari dari fakulti Pengajian Media, Universiti Malaya serta, Profesoor Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Penyelidik, Internatioal Shari’ah Research Academy of Islamic Finance (ISRA) bagi membahaskan titik-titik penting dalam karya Dr Mohd Asri itu serta membicangkan idea-idea disebalik buku tersebut.

Buku karya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini boleh didapati di kedai-kedai buku utama seluruh Malaysia dengan harga RM 35 bagi kawasan Semenanjung dan RM 38 di Sabah dan Sarawak.

Laporan selanjutnya mengenai pelancaran buku “Mengemudi Bahtera Perubahan Minda”, sila klik di sini: