Seorang tokoh intelek dan penulis dan juga pensyarah di University of Durham, UK Al-Fadhil Dr Maszlee Malik membuat ulasan ringkasan dalam facebooknya mengenai laporan polis yang dibuat oleh Yusri Mohammad terhadap artikel ‘Cabaran Gerakan Pembaharuan’ seperti berikut:

 

Maszlee Malik: Pelik melihat intelek seperti Yusri telah menjadi emosional dan tidak mampu berhujah secara rasional setelah menjadi pengikut Syeikh Tarikat. Bab gunakan kuasa kerajaan untuk menindas pihak yang tidak sehaluan biarlah orang-orang yang bukan ilmuwan buat, tapi jikalau intelek pun telah bermain… dengan rentak orang jalanan… agak mengecewakan. Ke mana perginya golongan Tarikat sewaktu ada pihak yang dengan terang membawa agen Zionis ke Malaysia? apakah itu tidak membahayakan agama? mengapa tiada laporan polis?