Antara Doa Dan Politik

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

 

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

 

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

 

Teruskan membaca..>>

Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Memberi pendapat yang berbeza dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah satu kesalahan bagi seorang muslim. Namun memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama atau ulama tertentu, bukan semestinya satu kesalahan. Selagi mana pendapat atau pandangan seseorang tokoh agama itu sekadar pandangannya, maka orang lain boleh berbeza dengannya.

Jika pun dia mengemukakan nas atau dalil tertentu, tapi dalil atau nas tersebut masih boleh diberikan berbagai tafsiran yang lain, apatah lagi jika di sana ada pandangan ilmuwan lain yang berpaksikan penghujahan yang kuat, maka pandangan seorang tokoh agama bukan semestinya diterima sebagai ‘itulah kehendak Islam’.

Teruskan membaca..>>

Apa Yang Mereka Perjuangkan Itu?

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Pilihanraya Permatang Pasir telah pun selesai. Saya pulang ke Malaysia betul-betul pada hari penamaan calon. Pusat penamaan calon iaitu IKBN, Mengkuang Bukit Mertajam pula betul-betul berhampiran rumah saya, sekalipun kawasan saya tidak termasuk dalam DUN berkenaan.

Ramai yang tidak tahu bahawa saya mempunyai dewan pengajian untuk orang awam iaitu Dewan Pengajian al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang bersebelahan rumah saya. Dewan ini sering menganjurkan berbagai aktiviti ilmiah yang bersifat ‘terbuka’ dari sudut pemikiran fekah dan ‘kepartian’.

Teruskan membaca..>>

Senjata Makan Tuan

oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saya merenungi sebuah hadis yang selalu dibaca dan diketahui oleh kebanyakan kita iaitu sabda Nabi s.a.w:

“Bandingan teman duduk berbual yang baik dan yang buruk seperti pembawa kasturi dan tukang besi. Adapun pembawa kasturi, sama ada dia berikan engkau kasturi, atau engkau beli daripadanya, atau engkau dapati bau harumnya. Sementara tukang besi, sama ada ia membakar pakaian engkau, atau engkau akan dapati bau yang busuk” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebelum disalahfahami, perlu dijelaskan Nabi s.a.w bukan bermaksud menghina tukang besi, tetapi sebagai contoh kesan keburukan yang mengenai seseorang yang berada di samping orang tertentu. Apatah lagi bukan sepatutnya ketika tukang besi sedang melakukan kerjanya seseorang pergi berada di sampingnya.

Teruskan membaca..>>

Lembut Gigi Daripada Lidah

Beberapa hari lepas saya menerima sms seawal 3 pagi daripada seorang artis terkenal negara. Barangkali beliau tidak menyemak waktu di UK semasa menghantar sms berkenaan. Cuma di UK ketika ini siangnya memang awal. Waktu solat Subuh pun masuk seawal 3 pagi. Kali ini mesej artis ini agak keras, meminta saya menggesa orang politik supaya membantah Kerajaan China mengenai pergeseran etnik yang membawa pembunuhan beramai-ramai umat di Wilayah Urumqi. Ribuan lain yang ditangkap.

Teruskan membaca..>>

Daulah Islamiyyah: Dulu Dan Sekarang

Kebangkitan rakyat Iran membantah keputusan pilihanraya mereka menjadi berita hangat di seluruh dunia. Anggapan bahawa pilihanraya mereka tidak telus dan adanya unsur penipuan dikongsi jutaan rakyat negara tersebut.

Ini merupakan kebangkitan yang terbesar sejak revolusi negara ‘clergy’ tersebut. Sudah pasti ada asas tertentu kepercayaan rakyat terhakis terhadap keputusan pilihanraya mereka, atau ada isu lain yang mendesak mereka bangkit, samada isu ekonomi, kezaliman, penindasan dan seumpamanya.

Teruskan membaca..>>

Merdekakan Pemikiran Politik Anda

Tersiar Di Majalah Al-Islam keluaran Jun 2009

Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya.

Teruskan membaca..>>

Jalan Perdamaian Penuh Berliku?

Saya dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin. Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya)

Teruskan membaca..>>

Artikel Selanjutnya »