Allah telah menjadikan Ka'abah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan
(demikian pula) bulan Haram, had-ya (yakni binatang untuk dikorbankan), qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Maa'idah: 97]

Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, "Madinah itu haram (tanah suci) dari ini
sampai ini, tidak boleh dipotong (ditebang) pohonnya, dan tidak boleh dilakukan bid'ah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bid'ah (atau melindungi orang yang berbuat bid'ah) di dalamnya, maka ia terkena laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya." [Riwayat Al-Bukhari]

Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya ramai orang ('Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Baqarah: 199]

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah bersabda: Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke
langit dunia setiap malam ketika tinggal se pertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?" [Riwayat Al-Bukhari]

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak cuai dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah: 149]

AKIDAH

Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah

HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.   Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan... 
More »

TAMADUN

Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran

SEJARAH: FAKTA, KRITIKAN DAN TAFSIRAN Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakikat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada... 
More »

ISU SEMASA

Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan

*Artikel lama (4 Januari 2009) dicadangkan untuk bacaan.    Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.   Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam. Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas... 
More »

KENYATAAN & PENJELASAN

Kenyataan Hasan Ali Boleh Menghina Umat Islam

KENYATAAN HASAN ALI BOLEH MENGHINA UMAT ISLAM Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)     1. Saya terbaca kenyataan Dato Hasan Ali yang menyatakan umat Islam boleh murtad sebab sebaran solar-powered talking Bible. Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan... 
More »

BERITA

Dr Asri: Gantung Aziz tindakan mengampu

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin mengkritik keras tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari dengan menyifatkannya sebagai “tindakan mengampu”.   “Tindakan kepada Prof Aziz Bari merupakan sesuatu yang amat memalukan dunia akademik kita.   “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad.   “Tindakan... 
More »

IBADAT

Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com)   Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?    Read More →
More »

POLITIK

Siyasah Perubahan Dengan Maslahah

SIYASAH PERUBAHAN DENGAN MASLAHAH Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com)   Nabi s.a.w tidak meninggalkan perincian dalam masalah politik. Politik bukanlah ibadah khusus seperti solat, puasa yang seumpamanya yang tidak boleh diubah. Politik itu sesuatu yang bergerak berdasarkan kemaslahatan hidup manusia. Justeru itu, Nabi s.a.w tidak meninggalkan pendetilan tentang politik, sebaliknya hanyalah prinsip-prinsip umum untuk dipegang oleh manusia. Jika ada pendetilan,... 
More »

DAKWAH

Maaf Anakku! Mereka Tidak Mesra Denganmu

MAAF ANAKKU! MEREKA TIDAK MESRA DENGANMU Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)   Minggu ini saya pulang sekejap ke tanahair. Bukan cuti, tetapi kerana menyambut kehadiran bayi baru. Segala puji bagi al-Wahhab; Tuhan Yang Maha Pemberi. Setiap ibubapa berdoa agar bayi yang lahir ke dunia sihat dan sejahtera. Islam tidak pernah membezakan nilai antara bayi lelaki dan perempuan. Sekalipun ada beberapa hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita,... 
More »

KOMEN & PENDAPAT

Cadangan Untuk BERSIH

CADANGAN UNTUK BERSIH Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin   ‎Melihat keadaan yang ada, suasana politik yang dikotorkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, maka saya ingin cadangkan beberapa perkara kepada pihak BERSIH;   1. Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut. Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan.   2.... 
More »

TEKS

Gerakan Islah Dalam Meningkatkan Minda Bangsa

 *Satu sisipan untuk penilaian semua   Gerakan Islah merupakan gerakan yang berusaha mendorong masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap Islam. Pendorong gerakan ini antaranya termasuklah Sheikh Tahir Jalaludin, Syed Syeikh al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy. Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda. Akhbar dan majalah yang terkenal seperti al-Imam, Neracha, Idaran Zaman dan Pengasuh telah menjadi saluran Gerakan Islah ini.   Kaum Muda menyampaikan idea mereka dan... 
More »
Copyright © 2012 · Minda Tajdid · All Rights Reserved · Posts · Comments
Design by : LaRsO