Assalamualaikum..

Dr MAZA,

Sudikan baca pandangan saya yang dhaif ini,

PEJUANG SEJATI,
tiada titik perhentian
melainkan terputusnya nyawa dari jasad
yang ada hanya perjalanan yang panjang
cabaran dan halangan bukan alasan
bicaranya jelas dan bernas
pandangannya merentasi batas masa dan usia
langkah harus diteruskan
amanah harus dilunaskan

PEJUANG SEJATI,
memberi tidak meminta balasan
yang ada hanya keikhlasan
merubah gurun gersang
menjadi laman yang indah
dek tingginya harapan insan yang disandar
walaupun bukan untuk kebaikkannya sendiri
kerana kemahuannya hanya satu..
demi agamaku dan saudara-saudaraku di luar sana..

PEJUANG SEJATI,
Jiwanya, hatinya,
sangat halus lagi dalam
Deritanya tersembunyi jauh
Baginya, segala keperihan yang ditempuhi
biarlah hanya miliknya seorang..
lalu mengadu ia kepada Allah yang MAHA ESA, MAHA MENDENGAR..
tercurah duka nestapanya..
semoga kepahitan itu akan diganti dengan kemanisan
INSYA-ALLAH..

WASSALAM

Ikhlas,
Norhidah
Petaling Jaya

nj4738@yahoo.com