Assalam Alaikum Dr. Mohd Asri,

Saya meminati artikel Dr. yang disiarkan setiap minggu di dalam Mingguan Malaysia. Walaupun saya mungkin tidak sentiasa dapat membaca sepenuhnya tetapi tetap akan mengikuti sebahagian darinya.

Dr sentiasa meluahkan idea bernas , berani dan telus berlandaskan ilmu didalam bidang yang Dr sememang nya pakar. Artikel Dr didalam Mingguan hari ini sekali lagi mengulangi apa yang telah Dr tulis mengenai kegemaran kaum Melayu yang terlalu suka membuka pekong sendiri. Pegawai pegawai ugama dilantik di pejabat ugama negeri dan diberi tugas seolah olah tiada tugas lain kecuali meninjau dan menyerbu kehotel hotel bujet dan ketaman hiburan untuk membuat tangkapan atau lebih tepat mengaibkan kaum seugama sendiri didalam misi kononnya membenteras maksiat di dalam masyarakat.

Selepas bertahun tahun menjalankan operasi sedemikian seharusnya pejabat ugama negeri dapat membentangkan stastik menurunnya kejadian maksiat sedemikian bagi menunjukan kejayaan mereka menjalan kan operasi sedemikian semenjak bertahun tahun lamanya. Tetapi stastik begini tidak pernah dibentangkan. Walaupun begitu mereka tetap meneruskannya untuk keseronokan atau kepuasan diri agaknya.

Tidak kah ada initisif dari pejabat pejabat ugama negeri mengadakan lebih banyak forum forum terbuka untuk muda muda selain dari Forum Perdana yang ada.

Program sedemikian perlu di ubahsuai bagi menarik minat muda mudi dan dalam masa yang sama mereka bolih menafaatkan unsur ilmu dan kansuling yang perlu diselitkan didalam program tersebut. Modul yang sesuai perlu diilhamkan dengan diselang seli dengan unsur unsur rengan bagi menarik minat golongan tersebut menyertainya. Ini sudah tentu lebih baik dari operasi menangkap pelaku maksiat dan mengaibkan mereka didada akhbar.

Saya akan terus mengikuti artikel Dr walau dari pejabat mana pun Dr ilhamkan selepas tamatnya kontrak bersama negeri Perlis. Negera kita terlalu memerlukan individu saperti Dr dengan idea idea yang baik dari kantor penceramah/pakar ugama/mufti tetapi BUKAN sebagai ahli politik. Saya melihat dari jauh Ustaz Ismail Kamus dan merindui ceramah terbuka beliau tetapi malangnya tidak dapat mengikutinya kecuali menghadhiri markas markas anjuran Pas.

Saya yakin dan percaya Dr tidak menjejaki langkah sedemikian.

Salam.

Mohamat Nor Mat Ali
Johor Bahru.
mnor@linksmba.com.my