Asalamualaikum

S.S Dr Mohd Asri,

Saya Mohd Salleh Mansor dari Batu Pahat Johor, saya diantara jutaan peminat
tulisan Dr yang dimuatkan di Internet mahupun diakhbar. Tulisan yang begitu
berani yang membuka mata pembaca.

Dr, pagi ini saya telah melayari Malaysia Kini dan rasa terkejut apabila Dr
telah berhasrat untuk melepaskan jawatan Mufti Perlis tidak lama lagi. Saya
percaya dan yakin “Tekanan” adalah punca Dr ingin berbuat demikian.

Dr, Saya ingin menyampaikan sedikit luahan peribadi saya kepada Dr. Dr,
pada pandangan saya Dr mesti mengekalkan jawatan tersebut, sebagai seorang
yang ingin memperjuangkan Islam itulah antara cabaran yang perlu dilalui.
Seperti Nabi kita Muhammad SAW juga melalui jalan berliku untuk
memperjuangkan Islam. Mungkin cubaan yang kita hadapi hanya sebahagian
kecil yang pernah dialami oleh Nabi dan para sahabat.

Dr, di Malaysia pemimpin kita yang berkuasa memang anti kepada perkembangan
Islam, mereka mencari berbagai cara dan jalan untuk menghapuskan perjuang
Islam yang cuba mengugat kedudukkan mereka. Mereka akan mengagungkan
Ulamak-ulamak yang pro dan menghalalkan perkara yang haram yang dilakukan
oleh mereka. Oleh itu Dr perlu mengekalakan jawatan tersebut bagi
mendaulahkan syariat Islam.

Dr, pada pandangan saya Dr perlu bertahan dengan kedudukkan yang ada, biar
mereka “terminate” Dr, dari Dr meletakkan jawatan. Dr, perlu mengikut
langkah Bekas Mufti Selangor Allahyaraham Dato Ishak Bahrom yang bertahan
sehingga dipecat. Insyallah Dr akan dipandang oleh Masyarakat sebagai
perjuang Islam sejati.

Dr, sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia saya berasa kecewa mempunyai
pemimpin Islam sekular yang jauh menyimpang dari syariat Islam. Adalah
wajib bagi kita memperbetulkannya, sebagai rakyat biasa tugas kami
memastikan tidak memilih pemimpin yang menolak syariat Islam, tugas Dr pula
merupakan tugas yang lebih berat iaitu menegur kepada pemimpin yang
melanggari syariat Islam. Dr perlu meneruskan usaha murni ini, Insyaallah
Allah menyaksikan mereka yang benar.

Dr, sebagai rakyat Negeri Johor, kami merasa kecewa mempunyai seorang Mufti
yang gagal dalam memperjuangkan syariat Islam, takut untuk menegur pemimpin
yang melakukan kerosakkan dan kezaliman.

Dr, akhirkata sekiranya Dr berhasrat juga untuk melepaskan jawatan
tersebut, ingin saya sarankan Dr memilih Parti Politik yang ingin
memperjuangkan daulah islamiah iaitu PAS.

Sekian, Wassalam

Mohd Salleh Mansor
Batu Pahat Johor
salleh-mansor@jhr.sharp-world.com