Assalamualaikum.

Tahniah pada saudara mengenai tulisan saudara tentang istiqomah.Hari ini umat mempunyai fahaman asabiyah, taksub pada puak dan mengenepikan al quran dan hadis.Agama adalah untuk di sokong dan bukan untuk di amal.

Cuba lihat kehidupan wakil rakyat, adakah mereka beramal dengan kehidupan nabi atau khalifah al rasyidin? Jauh sekali.;Segala dasar untuk orang lain amal bukan mereka atau nak bini mereka.Sesungguhnya umat hari ini kontang takwa.Lebih parah penyakit ini di pelopori oleh individu2 yang bergelar ustaz yang menjadi tempat rujukan orang kampung.

Fatwa dikeluarkan ikut suka hati hatta untuk benda yang mereka tak fahampun buat fatwa.Kalau tak percaya cuba-cuba intai dari jauh majlis ilmu mereka samada ajak umat iktibak perilaku nabi atau sekadar untuk bawa umat menyokong fahaman mereka. Malang.

Malaysia dan umat Islam di sini malang kerana ilmuan yang ada terlalu bodoh sehingga tak dapat melihat kebejatan akhlak dan agama generasi muda dan sibuk dengan politiking untuk kekal kuasa dan pengaruh. Sebenar apa yang berlaku di malaysia hari ini hampir2 menyerupai kepada apa yang berlaku di baghdab sebelum kejatuhan kepada monghul.

Sebenarnya ilmuan yang dilahirkan hari ini ialah ilmuan yang pandai berhujah dan berkata-kata untuk penuhkan poket masing-masing tetapi mereka sendri tak percaya kepada Al-quran hadis dan kekuatan dan kehebatan Allah yang mampu menunaikan segala janjinya sekiranya umat memenuhi tuntutanNya.Tapi ilmuawan yang ada hari ini lebih suka mewar-warkan janji makhluk dan kehebatan makhluk. Malang.

Wan Sariful Wan Bharudin
wwsriful@yahoo.com.my