Assalamu alaikum,

Saya sentiasa berminat membaca artikel2 saudara yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia.Ingin saya katakan, komen2 saudara yang berasaskan fakta & fahaman ajaran Islam yang sebenarnya, sememangnya sangat releven dengan keadaan semasa di Malaysia terutama berkaitan kancah politik semasa.

Semasa saya belajar di Kolej Islam Klang (KISAS) dahulu, intipati terakhir siri2 tazkirah yang dikendalikan oleh pelajar2 senior adalah pemilihan parti politik. Seperti yang dijangkakan, PAS disimpulkan sebagai parti yang benar dalam memperjuangkan Islam.

Saya cintakan Islam, namun hati kecil saya tidak nekad bulat2 menerima PAS sebagai parti pilihan. Sesuatu dirasakan tidak kena dalam parti tersebut. Apabila ditanyakan pilihan saya, saya katakan saya penyokong parti bebas! Tidak Umno, tidak PAS mahupun semangat 46 (ketika itu). Akhlak Islam dirasakan tidak benar2 dihayati & diamalkan dalam parti2 tersebut. Semuanya tidak sempurna.

Setelah membaca artikel saudara, wajah saya tersenyum. Akhirnya ada jua orang yang senada ingin menegakkan akhlak2 Islam yang sebenar walaupun dalam isu2 yang kurang popular. Saya sangat setuju dengan hujah yang kita tidak terikat dengan ‘hitam & putih sahaja’ dan idea memilih calon, bukan parti.

Segala pujian bagi Allah. Syabas kepada saudara. Semoga saudara akan sentiasa bersemangat & tabah menegakkan kebanaran ajaran Islam tanpa pengaruh agenda2 yang lain atau kepentingan mana2 pihak. Saya doakan saudara senantiasa dipayungi bantuan Allah.

Sekian

Yan Izrul Ishak Zahar
YanIzrulIshak@grouplotus.com