Salam Dr Maza,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana senantiasa istiqamah di dalam membawa dakwah Islam yang syumul. Saya yakin jalan dakwah yang saudara tempuh adalah amat sukar dan penuh berliku. Kadangkala dari gaya penulisan saudara, saya dapat membayangkan betapa saudara dikritik, dicerca dan dimaki dalam usaha murni saudara membentangkan wajah Islam yang tulen kepada masyarakat. Saya tidak dapat membayangkan jikalau saya berada di tempat saudara, adakah saya mampu menggalas segala tohmahan yang datang. Namun, saudara juga hendaklah tahu di sebalik cacian dan makian yang saudara terima, bukan sedikit sanjungan yang saudara terima dari masyarakat di atas keberanian saudara menegakkan kebenaran tanpa memilih puak. Saya mendoakan kesejahteraan saudara dan semoga saudara dapat meneruskan perjuangan saudara di dalam dakwah demi kebaikan umat ini. Secara jujur, banyak yang telah saya dan masyarakat perolehi hasil dakwah saudara yang tidak berbolak balik di dalam pendirian. Saya minta saudara teruskan isiqamah di dalam perjuangan membawa behtera umat ini supaya sentiasa berada di dalam redha Allah.

siti fadilah
fad_uia@yahoo.com