Assalammualaikum dan salam hormat kepada Dr, saya terpegun dengan artikel Dr bertajuk Tangan Mencatat Di Bumi, Jiwa Mendongak Ke Langit. Terima kasih atas artikel itu keran benar-benar memberi inspirasi saya agar dapat memantapkan lagi tulisan saya seiring dengan ketulusan Islam yang saya sanjungi. Memang dewasa ini tulisan-tulisan yang mampu merangsang perasaan dan iman pembaca sangat kurang dan tidak lepas juga tulisan yang berbaur hasutan dalam mempalit kesucian Islam. Diharapkan Dr akan terus mengambil serius subjek ini. Saya tertarik dengan kertas kerja yang Dr bentangkan di Shah Alam baru-baru ini tentang tulisan dan perbuatan penulis haruslah seiring.

Terima kasih juga atas keteguhan pendirian Dr untuk tidak mempolitikkan diri Dr seperti yang dikehendaki sesetengah pihak. Terima kasih kerana tetap ingin bergerak sebagai pendakwah bebas yang lantang menyuarakan yang hak dan kebatilan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Semoga usaha Dr dipermudahkan dan Dr semoga Dr sekeluarga dikurniakan hidayah juga kesihatan yang berpanjangan agar tanggungjawab yang bersimpuh di bahu dapat dilaksanakan setulus mungkin.

salam intifada..

Ya Allah, jadikanlah insan ini tidak hanya mulia di dunia tetapi kurniakanlah jua kemuliaan di akhirat sana. Jagalah hatinya dan peliharalah imannya. Teguhkanlah takwanya agar sentiasa tenang jiwanya dalam mendamba keredhaan serta cinta-Mu.

nurfatihafadila@yahoo.com.my