Salam Dr Maza,

Saya , Megat Ahmad Fawzy dan telah mengikuti ceramah-ceramah Dr melalui laman web semenjak Dr menjadi Mufti sehingga kini . Saya cuba untuk mendengar kesemua rakaman ceramah Dr yang ada di Youtube tetapi bukanlah begitu mudah kerana ianya tidak begitu tersusun.

Disini saya ingin mengatakan bahawa Dr telah dapat membebaskan pendaman dan kekeliruan hati saya mengenai Tauhid dan Fekah yang mula dilambakkan kepada diri saya oleh beberapa Guru-guru agama sejak saya berumur 7 tahun. Keberanian Dr kerana benar berpandukan ilmu adalah sesuatu yang sangat diperlukan pada masa ini.

Saya berdoa dan berharap Dr dapat terus berjuang menghapuskan fahaman-fahaman Syirik yang terdapat didalam minda masyarakat terutamanya masyarakat Melayu walau apapun tentangan yang Dr harus lalui.

Saya sangatlah berterima kasih dan berharap agar Dr dapat memberitahu saya tentang hadiths mengenai Hari Kiamat dan samada kisah turunnya Nabi Isa, Imam Mahadi itu jelas dan benar atau apakah tanda-tanda dan urutan cerita yang sahih menurut Quran dan Sunnah kedatangan Kiamat.

Saya sedar Dr tentu sibuk dengan program harian Dr, akan tetapi saya sangat berharap Dr dapat balas email ini walaupun dengan ‘cut and paste’ sahaja.

Salam,

Megataf