Allah telah menjadikan Ka'abah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan
(demikian pula) bulan Haram, had-ya (yakni binatang untuk dikorbankan), qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Maa'idah: 97]

Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, "Madinah itu haram (tanah suci) dari ini
sampai ini, tidak boleh dipotong (ditebang) pohonnya, dan tidak boleh dilakukan bid'ah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bid'ah (atau melindungi orang yang berbuat bid'ah) di dalamnya, maka ia terkena laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya." [Riwayat Al-Bukhari]

Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya ramai orang ('Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Baqarah: 199]

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah bersabda: Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke
langit dunia setiap malam ketika tinggal se pertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?" [Riwayat Al-Bukhari]

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak cuai dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah: 149]

HOCK LIM

Dr Miza Terima kasih kerana menjalankan tugas anda dengan baik & iklas. Saya hormati anda, kerana keberanian anda menegakkan kebenaran. Saya tidak pernah risau kepada orang yang berlainan agama, tapi saya amat takut kepada orang yang tidak cukup agamanya ! HL Ooi hlooi@samsung.com  Read More →

megat af

Salam Dr Maza, Saya , Megat Ahmad Fawzy dan telah mengikuti ceramah-ceramah Dr melalui laman web semenjak Dr menjadi Mufti sehingga kini . Saya cuba untuk mendengar kesemua rakaman ceramah Dr yang ada di Youtube tetapi bukanlah begitu mudah kerana ianya tidak begitu tersusun. Disini saya ingin mengatakan bahawa Dr telah dapat membebaskan pendaman dan kekeliruan hati saya mengenai Tauhid dan Fekah... 

Abd Salam Habidullah

Assalammuaikumwm.wb. Saya mengucapkan tahniah dan syabas di atas keberanian serta beterusterang Dr. dalam menulis terutamanya tulisan Dr. terbaru di Mingguan Malaysia keluaran 4 Januari 2009. Saya kerap kali mengikuti tulisan Dr. dan kali ini saya fikir agak lebih keritis berhubung isu Palestin dan kebiadapan regim Zionis ‘menyembeleh’ bangsa Palestin dan kebencian regim laknatullah itu... 

tajul ganae

assalamualaikum wr.wb. pada mulanya aya pun kecewa kerana dr. berhenti dari menjadi mufti perlis kerana melalui dr. saya banyak mendapat ilmu dan banyak juga persoalan persoalan tentang kemusykilan agama terjawab dengan sendirinya bila saya membaca artikel artikel dr. tetapi selepas berfikir panjang saya rasa bahawa bukan dr lari dari medan perang tetapi hanya berundur sebentar untuk menambah bekalan... 
Copyright © 2012 · Minda Tajdid – Email Pilihan · All Rights Reserved · Posts · Comments
Design by : LaRsO