Allah telah menjadikan Ka'abah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan
(demikian pula) bulan Haram, had-ya (yakni binatang untuk dikorbankan), qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Maa'idah: 97]

Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, "Madinah itu haram (tanah suci) dari ini
sampai ini, tidak boleh dipotong (ditebang) pohonnya, dan tidak boleh dilakukan bid'ah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bid'ah (atau melindungi orang yang berbuat bid'ah) di dalamnya, maka ia terkena laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya." [Riwayat Al-Bukhari]

Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya ramai orang ('Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Baqarah: 199]

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah bersabda: Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke
langit dunia setiap malam ketika tinggal se pertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?" [Riwayat Al-Bukhari]

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak cuai dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah: 149]

Syabas Kepada Mufti Perlis

oleh: Mohd Sayuti Omar BARANGKALI saya adalah antara orang-orang yang merasa lega apabila membaca laporan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak bersedia untuk menjadi calon BN pada pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan diumumkan esok. Lega bukan kerana bimbang beliau akan kalah ditangan Anwar Ibrahim ataupun beliau akan mengancam Anwar, tetapi lega dan senang kerana dunia dan umat Islam... 

Kasta antara taukeh judi dan pejuang bangsa

KAMAL AMIR MENULIS MINGGU lalu negara kehilangan dua orang tokoh bergelar Tan Sri yang kembali kepangkuan Ilahi. Pemergian kedua-dua tokoh tersebut bagaikan sukar untuk dicari ganti. Patah bagaikan tidak tumbuh lagi, hilangnya tak mungkin berganti. Namun hukum alam begitulah kehendaknya, setiap awal ada akhir dan nokhtahnya, sebuah perjalnan pasti berpenghujung jua.  Read More →

Mesrakah masjid dengan kanak-kanak?

Oleh HAMIZUL ABDUL HAMID RAMADAN adalah bulan rahmat sehinggakan remaja dan anak-anak kecil yang tidak selesa dipasak kakinya bersolat jemaah turut mesra dengan rumah Allah. Mereka rela menghabiskan masa perdana di masjid dan surau, walau tidak dinafikan adakalanya mereka turut menyulam solat dengan tawa dan gurau. Hakikatnya, itulah alam kanak- kanak. Baru-baru ini, ketika memenuhi jemputan sebuah... 
Copyright © 2012 · Minda Tajdid – Artikel Pilihan · All Rights Reserved · Posts · Comments
Design by : LaRsO