Menjawap Salam Bukan Muslim
Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam ‘bukan muslim’ yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja; ‘kami tidak pernah dengar pun ada tok guru pondok kami ajar demikian’. Mereka ini jadikan seakan ilmu Islam keseluruhannya terkumpul di pondok-pondok yang pernah mereka belajar. Sesetengahnya ustaz pula telah mengharamkan diri dari membaca atau mentelaah apa yang tidak pernah disebut oleh mazhab nusantara atau generasi lama di tempatnya. Sumbangan pengajian pondok di rantau ini tidak boleh dinafikan. Namun sentimen tanpa hujah bukan ilmu yang diiktiraf dalam Islam.
Pejuang Perubahan Akan Dikenang
Dua bulan yang lepas, Prof Diraja Ungku Aziz mengirimkan kepada saya sebuah buku yang amat mengkagumkan. Saya amat gembira dengan hadiah yang tidak ternilai itu. Kata Pak Ungku, beliau telah membaca buku tersebut berulang-ulang kali. Bukunya nipis sahaja. Karya seorang tokoh melayu agung; Pendeta Za’ba. Akibat tindakan golongan konservertif agama yang menentang pembaharuan di Perak pada tahun 30an maka tulisan-tulisan Za’ba diharamkan dan buku tersebut turut tidak dapat muncul pada hayat Za’ba. Dewan Bahasa telah mengambil tanggungjawab yang betul dengan mencetaknya walaupun setelah ketiadaan Za’ba. Buku yang Pak Ungku kirimkan itu bertajuk: Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri.
Apabila Dunia Hiburan Kita Terbabas
RAMAI wartawan menghubungi saya bertanya pendapat tentang beberapa tindakan artis kita yang menimbulkan berbagai-bagai kontroversi. Saya menangguhkan jawapan terhadap kebanyakan soalan itu bimbang nanti disalahtafsirkan. Biar saya sendiri yang menulisnya agar lebih jelas maksud saya.
Hukumlah Dengan Keluasan Islam Bukan Sentimen
Ada orang bertanya saya; apakah bezanya antara politik orang dakwah dan dakwah orang politik? Saya kata barangkali itu hanya mainan bahasa. Saya kurang suka dengan mainan bahasa. Apa yang penting adalah maksud dan tujuan sesuatu ungkapan. Ungkapan itu mungkin maksudkan politik orang dakwah adalah menggunakan kaedah dan strategi yang diizinkan syarak untuk kepentingan dakwah. Adapun dakwah orang politik kadang-kala dia menjadikan ajakannya kepada Islam mempunyai tujuan politik yang ingin dicapainya. Saya bukan menafikan kemungkinan orang politik juga jujur dalam dakwahnya. Namun jika hanya kedudukan politik yang menjadi fokus dalam dakwahnya, dia bukanlah pendakwah yang sebenar yang membawa obor Islam yang syumul dan lengkap. Perkara ini saya tujukan untuk semua; tanpa berpihak.
Fahaman Islam Kita Sempit, Alam Tercemar
Amatlah malang bagi seorang insan yang dibekalkan dengan berbagai bekalan yang maha lengkap dalam perjalanannya, namun dia meninggalkan segala bekalan tersebut. Lantas meraba-raba bekalan ganti yang tidak seberapa. Dia meninggalkan makanan lazat berkhasiat yang dibekalkan, lalu mencari serpihan makanan di tepi-tepi jalan. Dia meninggal bekalan cahaya yang disediakan, lalu berpandu rabaan tongkat dalam kegelapan. Demikianlah hal umat Islam pada hari ini. Bekalan ajaran Islam yang disediakan oleh Allah dan RasulNya begitu indah dan hebat. Namun kita mencampaknya ke tepi. Kita mencari penyelesaian hidup dengan panduan baru. Maka, kita bukan saya tidak cemerlang, bahkan kita sentiasa kelihatan ketinggalan dalam dunia persaingan. Sebabnya, orang lain –sekalipun tanpa panduan wahyu- telah lama berfikir dan menghasilkan berbagai perkara dalam mengharungi tamadun hidup berdasarkan kefahaman mereka. Sedangkan kita, baru hendak bermula.
Israiliyyat: Penceramah mencemarkan al-Quran
Melihat sesetengah penceramah televesyen atau di luar televesyen berceramah agama dengan menyelitkan kisah nabi-nabi atau wali-wali yang entah dari mana dikutipnya amat merisaukan hati. Sebahagian kisah-kisah yang disebutkan itu tidak mempunyai sebarang sandaran agama yang diiktiraf dari segi disiplin periwayatan. Kebanyakannya adalah Israiliyyat. Lebih malang lagi, sebahagian kisah-kisah itu kelihatan seperti mitos atau kartun semata. Apabila ianya dikaitkan dengan Islam, maka hilanglah kehebatan agama wahyu yang agung dan berwibawa ini.
Antara pengampu dan pencerca
Seseorang pemerintah hendaklah tahu, bahawa bukan semua yang memujinya ikhlas kepadanya. Mungkin pujian itu datang disebabkan takut kepadanya atau habuan yang diharapkan. Maka tidak hairanlah jika ramai pemerintah yang dipuji pada zaman dia berkuasa, dikeji dan dihina pada hari dia kehilangan tahta. Para pengampu juga akan mencari ‘tempat ampuan’ yang baru. Di samping itu, sesuatu yang pasti bahawa setiap yang mengutuk atau memaki pemerintah secara terbuka, tidak mempunyai keikhlasan terhadap pemerintah. Pemaki atau pencerca sebenarnya sama seperti pengampu. Kedua-duanya mengharapkan habuan. Pemaki mengharapkan dengan makian itu dia diangkat, atau dianggap wira. Lalu habuan akan datang melalui penyokongnya, atau akan ada kerusi yang diberikan kepadanya.
Isu Bin Bukan Bapa Dan Imej Islam
Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis, ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu..
Masjid kita kaku, tidak mesra pelanggan
Islam adalah gabungan kekuatan keruhanian dan kebendaan. Ia bukan agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini. Juga, bukan agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat. Tidak! sama sekali tidak!
Banyak Ceramah Agama Belum Capai Piawaian Ilmu
Dalam satu persidangan tertutup yang saya diminta membentangkan kertas kerja, beberapa orang ‘yang tidak sebarangan’ dari berbagai negeri mengkritik program-program agama dalam TV kita. Sehingga ada yang menyifatkan panel-panel ceramah agama itu seakan-akan macam para pelawak atau badut. Katanya, ucapan-ucapan mereka sekadar untuk buat lawak jenaka, atau cerita untuk kesukaan budak-budak. Tidak ada nilai ilmiah dan kekuatan menyelesaikan masalah umat secara yang menampakkan kematangan Islam.
Bersama Membangunkan Ekonomi Umat Islam
Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong antara satu sama lain dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan, nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’. Pandangan itu diberikan kepada saya kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara-saudara muslim kita. Saya katakan; saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor. Antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama di sudut sebagai kuasa pengeluar. Sedangkan kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh.
Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi
Mendengar cerita seorang anak yang hidup melarat dalam kemiskinan, tentulah menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan hati jika kita ketahui bapanya masih hidup dan kaya raya pulak.
Demikian mendengar dan menonton kisah-kisah kemiskinan dan derita kehidupan akibat kefakiran di negara kita yang disifat kaya dan senang amat menyanyatkan hati. Lebih menyanyatkan apabila kita mengetahui adanya pihak-pihak yang menguruskan zakat dengan mengumumkan lebihan zakat puluhan bahkan ada yang sampai ratusan juta saban tahun.
Jangan dihodohkan rupa paras Islam
Apabila saya menyebut bahawa hendaklah kita menjawab salam ‘bukan muslim’ yang tidak memerangi Islam, ada kelompok ekstrimis yang membantah mati-matian. Alasan mereka senang sahaja; ‘kami tidak pernah dengar pun ada tok guru pondok kami ajar demikian’. Mereka ini jadikan seakan ilmu Islam keseluruhannya terkumpul di pondok-pondok yang pernah mereka belajar. Sesetengahnya ustaz pula telah mengharamkan diri dari membaca atau mentelaah apa yang tidak pernah disebut oleh mazhab nusantara atau generasi lama di tempatnya. Sumbangan pengajian pondok di rantau ini tidak boleh dinafikan. Namun sentimen tanpa hujah bukan ilmu yang diiktiraf dalam Islam.
Islam Antara Cerita dan Kenyataan
Sering kali kita mendengar orang berkata: “Islam agama yang hebat dan membentuk penganutnya menjadi insan yang bertamadun dan mendahului umat-umat Islam”. Penyataan tersebut disertakan pula dengan kisah-kisah umat Islam yang telah berjaya dan gemilang. Sebagai sokongan fakta. Dengan harapan umat di era ini akan terus berbangga dengan Islam mereka dan umat yang lain akan tertarik hati dengan agama yang agung ini.
Kenapa Kita Gagal Membina Semula Tamadun?
Dalam sebuah cerita rakyat, kononnya seorang buta telah diberikan penglihatan dalam beberapa minit. Ketika dia celik, dia hanya berpeluang untuk melihat seekor kaldai yang ada di hadapannya. Kemudian penglihatannya dibutakan kembali. Maka dia selepas itu apabila disifatkan sesuatu kepadanya, dia akan bertanya: “Adakah ia seperti kaldai?”. Atau dia akan berkata: “Bagaimanakah ia jika dibandingkan dengan kaldai?”.Cerita itu mungkin dongengan semata. Namun ia menggambarkan keadaan insan yang tidak pernah melihat perkara lain, melainkan sesuatu yang tertentu sahaja, maka segala gambaran dan andaiannya tertumpu, atau terkait dengan apa yang pernah dia lihat sebelumnya.











