Allah telah menjadikan Ka'abah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia, dan
(demikian pula) bulan Haram, had-ya (yakni binatang untuk dikorbankan), qalaid. (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [Al-Maa'idah: 97]

Anas bin Malik رضي الله عنه berkata bahawa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda, "Madinah itu haram (tanah suci) dari ini
sampai ini, tidak boleh dipotong (ditebang) pohonnya, dan tidak boleh dilakukan bid'ah di dalamnya. Barangsiapa yang membuat bid'ah (atau melindungi orang yang berbuat bid'ah) di dalamnya, maka ia terkena laknat Allah, malaikat, dan manusia seluruhnya." [Riwayat Al-Bukhari]

Kemudian bertolaklah kamu dari tempat bertolaknya ramai orang ('Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Al-Baqarah: 199]

Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah bersabda: Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi turun ke
langit dunia setiap malam ketika tinggal se pertiga malam yang akhir dengan berfirman, "Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapakah yang mahu meminta kepada-Ku lalu Aku makbulkan? Siapa yang mau meminta ampun kepada-Ku lalu Aku ampunkan?" [Riwayat Al-Bukhari]

Dan dari mana saja kamu keluar (datang), maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram, sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang hak dari Tuhanmu. Dan Allah sekali-kali tidak cuai dari apa yang kamu kerjakan.
[Al-Baqarah: 149]

معرفة سبب ورود الحديث بالاجتهاد

معرفة سبب ورود الحديث بالاجتهاد د. محمد عصري زين العابدين (مدرس قسم الدراسات الإسلامية, جامعة العلوم بماليزيا) (moasriza@yahoo.com) إذا لم يعرف سبب ورود الحديث بالنص النبوي، ولا بقول الصحابي، نتحول إلى عملية الاجتهاد، عسى أن نعثر... 

معرفة سبب ورود الحديث بقول الصحابي

معرفة سبب ورود الحديث بقول الصحابي د. محمد عصري زين العابدين (مدرس قسم الدراسات الإسلامية, جامعة العلوم بماليزيا) (moasriza@yahoo.com) من أهم الطرق لمعرفة سبب ورود الحديث “أقوال الصحابة” بوصفهم حاضرين للتنزيل، وسامعين لأقول... 

معرفة سبب الورود بالنص النبوي

معرفة سبب الورود بالنص النبوي د. محمد عصري زين العابدين (مدرس قسم الدراسات الإسلامية, جامعة العلوم بماليزيا) (moasriza@yahoo.com) عُثِرنا من الأحاديث التي تم جمعها على ثلاثة طرق لمعرفة سبب ورود الحديث بالنص النبوي، وهي في المبحث الآتي. المراد... 

الأبعاد المؤثرة في تهيئة سبب ورود الحديث

الأبعاد المؤثرة في تهيئة سبب ورود الحديث د. محمد عصري زين العابدين (مدرس قسم الدراسات الإسلامية, جامعة العلوم بماليزيا) (moasriza@yahoo.com) تسلسلُ البحث يقتضي أن يكون حديثنا في هذه المقالة عن الأبعاد التي لها تأثير كبير في تهيئة... 
Copyright © 2012 · arabic · All Rights Reserved · Posts · Comments
Design by : LaRsO