Kelana Jaya, 13 Mei 2008 -Dr Maza menyatakan di dalam Forum Bicara Ad-Din yang dilangsungkan malam semalam di Kompleks Tabung Haji bahawa beliau menegaskan bahawa beliau telah dikunjungi oleh isteri-isteri tahanan ISA yang mengadu tentang nasib suami masing-masing. Beliau berpendapat bahawa tahanan tanpa bicara adalah suatu tindakan yang salah. ‘Mahkamah Allah pun ada bicara’, begitu kata beliau semasa forum tersebut.
Ia diakui oleh Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang turut menganggap ada antara filem hantu tidak menyumbang kepada pembentukan insan. Malah Islam sendiri tidak menerima apa-apa perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat termasuk juga sesuatu pekara yang divisualkan dalam filem.
Lebih membahayakan apabila sesebuah filem seram itu ditonton oleh kanak-kanak yang sedang membesar kerana ia boleh mempengaruhi pemikiran mereka.
Berhentilah Memusuhi Tanpa Bukti
Disiarkan pada May 11, 2008 dalam kategori Isu Semasa, Ibadat | Tiada KomenApabila kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.
Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: “Di manakah keadilan Tuhan?” Mereka lupa berkata: “Inilah hasil kezaliman kita”.
‘Keputusan isytihar keluar Islam tepat’
Disiarkan pada May 10, 2008 dalam kategori Berita | Tiada KomenKUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan keputusan yang diambil Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang membenarkan permohonan Siti Fatimah Tan Abdullah untuk mendapatkan pengisytiharan keluar daripada agama Islam adalah tepat.
Beliau berkata begitu berikutan tiada peruntukan hukum murtad dalam konteks Malaysia (penguatkuasaan menyeluruh), tetapi pada masa sama menegaskan keadaan itu tidak menggalakkan murtad oleh mana-mana pihak.
“Saya puji tindakan peguam Ahmad Jailani Abd Ghani dan Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim kerana berani mengendalikan kes sebegini yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.
“Akidah Fatimah atau nama sebenarnya Tan Ean Huang, 39, yang tidak mengamalkan ajaran Islam sejak awal lagi sudah murtad, walaupun sebelum mendapat pengiktirafan mahkamah,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mengapakah Dunia Dipenuhi Yang Haram?
Disiarkan pada May 04, 2008 dalam kategori Akidah, Isu Semasa | Tiada KomenSaya tidak pasti apa akan terjadi kepada generasi kita beberapa puluh tahun lagi. Dunia semakin tercemar. Mungkin banyak jenis haiwan dan tumbuhan yang indah-indah tidak lagi dapat mereka saksikan. Awan yang membawa asid, sungai dan laut yang bercampur toksid, hutan musnah dan udara yang tercemar, itulah kehidupan yang melingkungi mereka.
Mereka mungkin tidak akan kenal lagi apa itu keindahan alam; kejernihan air sungai yang sejuk, pohon-pohon yang menghijau indah, laut yang bersih dan udara yang segar lagi nyaman. Bagi mereka dunia ini semuanya pencemaran. Mereka mungkin tidak dapat faham apabila membaca ungkapan puisi-puisi indah tentang keindahan alam yang diwarisi dari generasi lepas.
Menang- Menang Dalam Isu ‘Jom Heboh’
Disiarkan pada May 04, 2008 dalam kategori Artikel | Tiada KomenJom Heboh TV3 telahpun bermula di Perlis. Dari 3 hingga 4 May. Mufti telah mengemukakan garis panduan untuk Jom Heboh. Mudah dan jelas.
Apa kesudahan cerita antara SS Mufti Perlis dan TV3?


